Rabu, 6 Februari 2019

Rona Jingga di alam Maya

Assalammualikum and haii.. Memiliki sebuah laman untuk saya berkongsi minat adalah sesuatu yang sagat saya dambakan sejak dahulu. Sebelum ini banyak dah blog yang saya buat. Tapi sebab tak tau nak guna macam mana saya pun tutup semua blog tu. Termasuk penulisan-penulisan yang sebelum ini. Sayanggg.

Saya suka sangat mengembara melihat dunia. Banyak tempat yang saya pergi. Sejujurnya tempat yang low budget la. Tapi, low budget pun tetap memberi impak yang bersar terhadap saya. Saya lahir dan membesar di kepulauan antara yang terbesar di dunia. Borneo. Biasanya saya akan berkelana seorang diri. Maklumlah, siapa yang tahan berjalan ratusan km demi nak tengok tempat orang. Tambahan pula saya menuntut ilmu di tanah seberang. Bukan Sumatra ya. Semenanjung Malaysia ja. Ambil pula kos media. Alamatnya, tak duduk rumah lah nampaknya. Tapi semuatu bergantung dengan budget jugak. Kalau budget lebih sikit, pergi pun jauh sikit. Bermalam di Motel atau Hostel.

Di Musium Negara

Menariknya single trip ni, kita nak ke mana-mana pun, tak ada orang yang nak pertikaikan. Kalau ramai-ramai, ada yang penat lah. Ada yang nak balik lah. Macam-macam ragam. Tapi ada kebaikkan nya juga, trip dalam kumpulan ni. Macam selamat. Ada teman borak. Ada teman gaduh. Kan best tu. 

Insya Allah. Di sinilah saya akan kongsikan trip-trip menarik saya. Innsya Allah, nanti plan pergi Songkla. Jumpa kawan lama. Juga trip ke korea untuk task wajib universiti. Ni ja peluan nak jalan-jalan cari ilham. 

Oh ya lupa. Saya selalunya trip dengan baby. Haa.. baby tu kamera kesayangan saya. Nikon D60 ja. Tapi Babylah satu-satunya yang setia menemani dikala suka dan duka. Ceh. hahah. 

Saya dan Baby

Sejujurnya saya tak terfikir pun nak terjebak dalam dunia media ni. Tapi, tak tau lah. Mungkin sebab dari dulu lagi saya menunjukkan minat dalam menulis artikal, hias-buku jadi arkib atau majalah, pegang-pegang DSLR, guna Adobe dan sebagainya, then Allah halakan saya ke jalan ni. Ketetapan Allah yang terbaik. Saya berserah ja. Tapi saya yakin, ada sesuatu yang Allah persiapkan untuk saya. 

Menjadi Blogger ini pun antara peluang saya untuk lebih dekat dengan dunia Siber. Sebabnya saya bukan seorang yang suka bersosial di laman sosial. Tapi cara menulis Blog ini umpama penawar saya dalam komunikasi dengan sahabat-sahabat di laman maya. 

Ini lah sedikit sebanyak Rona-rona jingga dalam memori saya. Sebagai salah seorang peminat sastra Melayu, penulisan saya mungkin agak mendalam. Hanya yang faham sahaja akan faham maksud saya. Tapi jangan risau. Biar Gambar yang berbicara. Okey. itu sahaja daripada saya. Sehingga berjumpa lagggiii.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan